Nasional

Lawatan ke Pakistan sangat bermakna – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Lawatan Negara ke Pakistan sangat bermakna kerana hubungan Malaysia-Pakistan telah terjalin sejak 67 tahun lalu.

“Lawatan Negara ke Pakistan ini sangat bermakna dan dekat di hati saya serta delegasi dengan mengambil kira sejarah persahabatan kedua-dua negara yang telah terjalin sejak 67 tahun lalu.

“Ia telah membuka ruang seluas-luasnya bagi Malaysia dan Pakistan dalam membincangkan dan menerokai pelbagai bidang berkaitan kedua-dua negara.

“Ini termasuklah zon ekonomi, isu perdagangan dan pasaran, pengangkutan, industri halal, pelancongan, pendidikan, tenaga mahir dan lain-lain lagi.

“Saya percaya, Pakistan berpotensi untuk menjadi pintu masuk kepada syarikat Malaysia yang mahu mengembangkan pasaran di Asia Tengah dan Asia Barat.

“Pertemuan dengan rakan sejawat Shehbaz Sharif dan Presiden Pakistan Asif Ali Zardari selain tokoh industri membuahkan hasil merangkumi pelbagai isu dua hala demi kepentingan bersama.

“Ini jelas membuktikan kesungguhan kepimpinan tertinggi untuk meningkatkan hubungan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, sementelahan terdapat potensi besar dalam hubungan perdagangan yang boleh dipelopori.

“Pastinya, akan ada peningkatan kerjasama dalam semua bidang perdagangan dan teknologi pertanian termasuk berkaitan daging, beras dan import minyak kelapa sawit oleh Pakistan, malah kedua-dua negara akan turut memperluas kerjasama dalam sektor pekerja mahir menerusi bidang kritikal seperti kecerdasan buatan (AI), digital dan semikonduktor. M

“oga hubungan Malaysia-Pakistan akan terus berkembang maju di masa hadapan, Insya-Allah.

“Terima kasih Pakistan, dan sampai jumpa!” Katanya.

Selepas Pakistan, Perdana Menteri kini dalam lawatan ke Bangladesh.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button