Ekonomi

Pemaju mengumumkan projek taman komersial bernilai jutaan ringgit di segitiga emas Kuala Lumpur

M&M Ventures Holdings Sdn Bhd telah ditubuhkan dengan rekod prestasi yang kukuh dan dicapai melalui syarikat bersekutu iaitu M&M Construction Sdn Bhd (M&M Construction) yang terkenal dengan kerja pembinaan
cemerlangnya di seluruh Malaysia dan luar negara, dengan bangganya mengumumkan pembangunan projek usaha niaga ulung yang akan datang di bawah M&M Ventures Holdings.

Projek dengan bajet RM50 juta ini terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, dalam kawasan segitiga emas baharu Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah landskap taman komersial yang bakal menjadi tarikan pelancong dengan menggabungkan gaya hidup dan pengalaman budaya yang akan mencipta sebuah suasana baharu untuk Kuala Lumpur dengan penggunaan empat ekar tanah.

“Projek ini akan membawa pengalaman baharu yang menarik dalam perjalanan kami untuk penjenamaan semula kehidupan metropolitan dan pengalaman menguruskan taman komersial yang biasa di bandar ini.

Kami sedang mencipta suatu ruang di mana keluarga, pelancong dan penduduk bandar boleh berkumpul untuk menjelajah, berhubung dan meraikan bersama-sama dalam persekitaran yang unik.

Dengan peluang keemasan untuk penyewa dan pelabur menyertai usaha niaga yang inovatif ini, kami yakin bahawa projek ini akan menjadi destinasi mercu tanda yang menetapkan tahap baharu untuk pengalaman taman komersial dan gaya hidup,” kata Dominic Tan, Ketua Pegawai Eksekutif M&M Ventures Holdings.

Dominic adalah seorang usahawan yang berjaya yang telah memimpin dari permulaan yang sederhana sehingga ke kedudukan utama dalam sektor pembinaan dan taman komersial masa kini.

Di bawah kepimpinannya, M&M Construction telah mengalami pertumbuhan pesat dengan mencapai RM60 juta dalam pendapatan tahun ini.

Dengan sasaran penyenaraian dalam masa lima tahun dan rancangan untuk pengembangan perniagaan taman komersial syarikat secara tempatan mahupun di luar negara, Dominic bertekad untuk memimpin M&M Ventures Holdings untuk mencapai pendapatan RM200 juta menjelang tahun 2025.

Beliau bertambah lagi, “Projek baharu oleh M&M Ventures Holdings ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap penciptaan pengalaman taman komersial yang diingati, ruang untuk penjelajahan dan perayaan, serta mewujudkan persekitaran yang mendalam dan transformatif juga merupakan peluang yang sangat menguntungkan untuk perniagaan dan pelabur untuk mengambil bahagian.”

Sebaik sahaja projek taman komersial baharu ini dilengkapkan sepenuhnya kira-kira pada suku pertama tahun 2025, ia akan menjadi era baharu untuk pengalaman membeli-belah, bercuti dan menjamu selera secara bersepadu untuk membuat pengunjung merasai suasana tropika walaupun berada di bandar yang paling sibuk di Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai ruang sewaan sila hubungi 017-720 0098.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button