Hiburan

Jihan Muse terima kecaman hebat dari netizen selepas perli Elly Mazlein

RUANG komen pelawak wanita, Jihan Muse, mula diserang oleh netizen kerana didakwa suka melakukan jenaka dan perli terhadap selebriti Elly Mazlein.

Menjengah di ruangan komen, netizen meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap pengacara itu apabila Jihan dilihat tidak profesional dalam menjalankan kerjanya secara siaran langsung bersama pengacara lelaki, Haziq, yang mengendalikan sebuah program hiburan di televisyen.

Menurut netizen, lawak memerli orang lain di pentas dan menjadikannya sebagai bahan sudah ketinggalan zaman.

Mereka juga turut menasihati pengacara tersebut untuk menghormati orang lain dan bersaing secara sihat. Sebelum ini, Elly Mazlein, atau lebih mesra disapa Kak Pom Pom, meluahkan rasa kecewa terhadap Jihan menerusi Instagram storynya kerana masih memerlinya.

Namun, dia lebih memilih untuk bersikap profesional dan enggan mengulas lebih lanjut isu tersebut.

Terdahulu, Jihan didakwa berkata kepada Haziq, “Ada seorang sahaja pengacara versi perempuan yang akan menari dan membuat gaya sepertinya di atas pentas.”

Artikle Berkaitan :>

Jihan Muse didakwa kontak rapat Alif Satar tetapi tampil di Gegar Vaganza

Netizen puas hati Elly Mazlein tarik diri mengacara ASGV?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button