Ekonomi

KJTS Peroleh Projek Jangka Panjang Dari Central Group

KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2024 – KJTN Engineering Co., Ltd. ( “KJTN Engineering”) menandatangani perjanjian dengan Central Plaza Hotel Public Company Limited (“Centel”) untuk kerja-kerja pengubahsuaian, penyediaan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan untuk loji penyejuk, dan bekalan air sejuk di Centara Grand Mirage Beach Resort Pattaya untuk tempoh 20 tahun.

KJTN Engineering merupakan anak syarikat KJTS Group Berhad penyedia perkhidmatan sokongan bangunan di Malaysia, Thailand dan Singapura

Di dalam perjanjian ini KJTN Engineering akan membiayai kerja-kerja pengubahsuaian berjumlah THB 38.98 juta (RM4.92 juta), yang mana dalam tempoh perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan, KJTN Engineering akan mengenakan bayaran bulanan tetap sebanyak THB 620,072 (RM78,230).

Di samping itu, bayaran bulanan berubah-ubah akan dikenakan berdasarkan kuantiti air sejuk yang dibekalkan.

Jumlah yuran tetap selama 20 tahun ialah THB 148.82 juta (RM18.78 juta).

Kerja-kerja pengubahsuaian bermula pada 1 Oktober 2024 dan dijangka siap pada 31 Mei 2025 manakala perkhidmatan O&M dan bekalan air sejuk akan bermula pada 1 Jun 2025 dan dijangka siap pada 31 Mei 2045, pada masa itu pemilikan loji penyejukakan dipindahkan ke Centel.

Pengarah KJTN Engineering Co., Ltd., Kitti Chungsawanant berkata, beliau amat bersyukur kerana Central Group telah memberi kepercayaan untuk menjalankan kerja-kerja ke atas sebuah lagi hotel mereka.

“Ini mencerminkan kepercayaan yang mereka milikiterhadap kepakaran kami dan kualiti perkhidmatan pengurusan tenaga penyejuk kami. Kami berharap dapat meneruskan hubungan kukuh kami dengan Central Group dan berharap dapatmengembangkan kerja kami merentasi lebih banyak aset berprestij mereka,” katanya di sini hari ini.

Centel, entiti perniagaan hospitaliti Thailand dan telah beroperasi selama lebih 31 tahun, merupakan sebahagian daripada Central Group
yang terkenal sebagai konglomerat komersial swasta terbesar di Thailand dengan lebih daripada 50 anak syarikat dengan pelaburan yang pelbagai dalam pelbagai
syarikat di dalam dan di luar negara.

Sektor perniagaan Central Group termasuk runcit, pembangunan hartanah, pengurusan jenama, hospitaliti, sektor makanan dan minuman serta gaya hidup digital.

Chungsawanant menambah
usahasama ini bersedia untuk mengukuhkan kedudukan KJTS dalam pasaran, mencerminkan tumpuan strategik untuk mengembangkan perkhidmatan dan pengaruh Kumpulan di seluruh Malaysia, Thailand dan Singapura.

Perkongsian ini menekankan kepakaran dan komitmen KJTN Engineering untuk menyampaikan penyelesaian yang inovatif dan mesra alam dalam industriperkhidmatan sokongan bangunan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button