Hiburan

Tiada ‘u-turn’, Fazura nekad cerai alasan demi maruah, Fatima

Fazura nekad mahu bercerai dengan suaminya, Fattah Amin dengan alasan demi maruah serta kesejahteraan hidup bersama anak, Nur Fatima Aisya.

Untuk itu Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memohon orang ramai mendoakan proses perceraiannya berjalan lancar.

“Pada hari ini, Faz (Fazura) kekal nekad untuk meneruskan keputusan sebelum ini demi maruah sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.

“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar.

“Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan doa untuk Fatima serta Faz sekeluarga,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Nur Fazura menyertakan foto hitam putih dirinya memeluk Fatima.

Perkongsian itu dibuat hanya beberapa jam selepas penyanyi juga ahli perniagaan itu hadir bagi sebutan kes permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.

“Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu.

“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.

“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.

“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” kata Fazura. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button