Acara

MAIPs sampaikan sumbangan zakat kepada IPG

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan Sumbangan Zakat untuk Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Perlis sebanyak RM 106,567.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat bagi menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan tersebut yang berlangsung di Masjid Darul Ibadah, Kampung Padang Behor, Kangar baru-baru ini.

Pengarah IPG Kampus Perlis, Amran Mahadi menerima bagi pihak kampus tersebut.

Turut hadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada 20 orang terpilih dalam kalangan anak kariah Kampung Padang Behor sempena program Hijrah Minda tersebut.

Setiap penerima menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700 bagi menampung keperluan dan perbelanjaan seharian dengan jumlah penuh daripada MAIPs pada kali ini sebanyak RM14,000.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button