Acara

Kolaborasi NOIR dan RidzOkumura transformasi penjagaan rambut

NOIR Health & Beauty dengan bangganya melancarkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharu, iaitu Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask. Produk ini direka khusus untuk mengatasi masalah keguguran rambut serta memperbaiki rambut yang rosak.

Hasil kolaborasi eksklusif dengan hairstylist terkenal, RidzOkumura, produk ini membawa sentuhan profesional dan inovatif dalam setiap formulasi.

Inovasi dan Kesempurnaan untuk Rambut Anda

Rangkaian syampu dan masker rambut ini menggabungkan kelebihan bahan semula jadi seperti Biotin, Ginseng Korea, dan Minyak Essential Oren dalam syampu, serta campuran Minyak Pelembap, Ekstrak Akar Angelica Korea, dan Squalene dalam masker rambut.

Pengasas NOIR, yang mesra disapa Madamu, menjelaskan bahawa pengeluaran produk ini bertujuan untuk memenuhi pasaran wanita dan memberikan pelbagai manfaat kepada setiap helaian rambut yang menggunakan bunga Telang.

“Isu keguguran dan rambut nipis sering menjadi perhatian wanita, dan mereka menjadikan Madam sebagai inspirasi. Sebelum ini, saya tidak begitu mengambil tahu tentang isu rambut, tetapi setelah bertemu RidzOkumura, tercetuslah idea untuk menghasilkan syampu ini. Formula ini telah saya jumpa sejak dua tahun lalu, dan saya sarankan agar semua orang mencuci rambut setiap hari,” ujarnya.

Pengalaman RidzOkumura

RidzOkumura, pemilik rangkaian salon terkemuka, menekankan bahawa pengeluaran produk ini memerlukan masa yang panjang kerana komitmennya untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna.

“Kerjasama ini sudah lama dirancang, tetapi kesibukan menghalang kami. Namun, akhirnya kami berjaya melancarkan produk ini. Kelebihan utama produk ini adalah asas semula jadi dan dirumus khas untuk masalah rambut gugur. Yang paling penting, ia bebas daripada paraben, sulfat, SLS, dan silikon,” jelasnya.

Kelebihan Utama Produk

Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo:

  • Mengandungi Biotin dan Ginseng Korea untuk menguatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baru.
  • Minyak Essential Oren, Lavender, dan bunga telang menyegarkan kulit kepala, mengawal pengeluaran sebum, serta memberikan aroma citrus yang menenangkan.

Botanical Keratin Hair Mask:

  • Diperkaya dengan campuran tiga jenis minyak pelembap untuk kelembapan mendalam serta mengurangkan rambut bercabang.
  • Ekstrak Akar Angelica Korea menyuburkan folikel rambut dan menguatkan struktur rambut.
  • Squalene melindungi rambut daripada kerosakan persekitaran dan membantu mengekalkan kelembapan semula jadi.

Kolaborasi yang Menginspirasikan

“Kerjasama dengan RidzOkumura adalah langkah penting bagi Madammu. Dengan kepakaran Ridz dalam penjagaan rambut dan komitmen NOIR terhadap inovasi kecantikan, saya yakin produk ini dapat memberikan penyelesaian holistik kepada masalah rambut yang dihadapi oleh ramai orang,” tambah Madamu.

Halal dan Mesra Alam

Produk ini sudah semestinya Halal dan Mesra Alam. Ia dihasilkan di fasiliti yang diperakui Halal oleh JAKIM dan KKM, menggunakan lebih 70% bahan semula jadi. Formulasi ini juga bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti sulfat, paraben, formaldehid, dan pewarna tiruan, menjadikannya selamat untuk semua jenis rambut, termasuk yang diwarnakan atau dirawat secara kimia.

Dengan rangkaian ini, NOIR Health & Beauty berkomitmen untuk menyediakan penyelesaian yang berkualiti tinggi dan berkesan untuk setiap keperluan penjagaan rambut.

Artikle Berkaitan :>

Kongsi video bersama ayah kandung, adik-beradik Madamu bakal disaman RM10 juta

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button