Acara

Delegasi UniMAP lawat Kedutaan Switzerland di Singapura

SINGAPURA 23 Sept. – Delegasi ‘Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) International Leadership Mobility 2024’ diberi taklimat mengenai pengurusan sektor industri pelancongan serta perkongsian berkaitan penyelidikan dan inovasi yang terdapat di negara Switzerland.

Taklimat disampaikan oleh Pengarah Asia Tenggara, Pelancongan Switzerland, Batiste Pilet dan M.A. HSG, Kaunselor Sains, Joël Henri Brunner dalam satu sesi taklimat dan perbincangan yang diadakan di Kedutaan Besar Switzerland di Nombor 1 Swiss Club Link, Singapura baru-baru ini.

Terdahulu daripada itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mengetuai delegasi diiringi Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli disambut oleh Duta Besar Switzerland Ke Singapura, TYT Frank Grutter.

Pertemuan ini bertujuan bagi mengenal pasti ruang dan peluang bagi UniMAP untuk berkolaborasi secara strategik dengan pihak pegawai dari Kedutaan Besar Switzerland di Singapura yang bertanggungjawab di rantau ini untuk mempromosikan sektor pelancongan dan juga pendidikan bagi kawasan Asia Tenggara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button