Hiburan

Fizz Fairuz sekali lagi timang anak perempuan

PELAKON dan penyampai radio Suria FM, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia telah selamat bersalin cahaya mata perempuan, Rabu lalu.

Bersyukur atas kelahiran anak kelima, perkara itu sekaligus meleraikan teka-teki mengenai status jantina anak bongsu pasangan selebriti itu, sebelum ini.

“Alhamdulillah, kami terima banyak ucapan dan doa daripada peminat. Malah ada yang cakap akhirnya dikurniakan anak lelaki.

“Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima,” katanya ketika ditemui pada Siri Jejalah Suria FM Kuasa 2, di Angsana Johor Bharu Mall, Johor, pada Sabtu.

Fizz bersyukur kerana urusan kelahiran dipermudahkan, Almy juga berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.

“Kalau nak diikutkan, tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun bayi kelima kali lahir lebih dua minggu awal secara normal.

“Syukur semuanya dipermudahkan. Meski dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.

“Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.

“Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak 2 sentimeter,” katanya.

Sementara itu, Siri Jelajah Suria FM Kuasa 2 di Johor Bharu menyaksikan 25 peserta telah menyertai sesi KiraOke Suria.

Lima peserta terpilih ke peringkat akhir akan bersaing baru merebut hadiah utama berupa wang tunai RM3,000, hari ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin terharu atas sambutan baik yang diberikan pendengar, khususnya di Johor Bharu.

“Saya difahamkan ada peserta yang berjaya mara ke final hari ini sanggup datang dari Terengganu seawal 6.00 pagi semalam semata-mata nak sertai KiraOke Suria.

“Bahkan ada juga yang datang dari Kelantan dan Kuala Lumpur selain warga Johor sendiri yang sama-sama mahu rebut peluang hadiah menarik yang ditawarkan.

“Kami gembira dan terharu atas respon baik yang diterima. Ia sama hebat dengan sambutan hangat di pulau pinang yang berlangsung pada 7 dan 8 September lalu.

“Harapnya situasi sama akan berterusan atau mungkin lebih hebat apabila siri jelajah ini ke lokasi seterusnya iaitu ke Nilai dan Kelantan selepas ini. Terima kasih buat semua pendengar setia kami,” katanya.

Peserta wanita Masturah Azhar muncul juara membawa pulang RM3,000 manakala tempat kedua menjadi milik Ahmed Adam Daniel dan ketiga Mohd Khairul Shahfawi masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000.

Artikle Berkaitan :>

Baguslah PKP, putuskan rangkaian sebab kita nak kerja, ada anak kecil – Fizz Fairuz

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button