Banjir

Raja Muda Perlis saran semua tumpu tindakan pasca banjir

SANGLANG 21 Sept. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua pihak agar menumpukan tindakan pasca banjir di Negeri Perlis.

Titah Baginda, usaha dan tindakan menyeluruh seperti pembersihan kediaman dan kawasan , penambahbaikan infrastruktur dan proses baik pulih kemudahan komuniti haruslah diberikan perhatian.

Demikian titah Tuanku Raja Muda Perlis selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyempurnakan ampun kurnia sumbangan “MAIPs Peduli” di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Datuk Ahmad Musa, Sungai Padang, Sanglang sebelum ianya ditutup pada sabtu pagi.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Haji Ku Chik Ku Mat Isa.

Sebanyak 12 buah keluarga penduduk di kawasan Kampung Sungai Padang yang berpindah ke PPS berkenaan telah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiada Melayu Perlis (MAIPs) daripada Baginda.

Terdahulu Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli kalinyang ke-75 bagi tahun 2024 ini.

Untuk rekod sebanyak 4 PPS telah dibuka sejak selasa lalu ekoran banjir yang melanda negeri Perlis. Tuanku Syed Faizuddin Putra pada jumaat petang melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Sena dan Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah.

Turut menyampaikan nasihat kepada mangsa-mangsa banjir tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor, Pengarah SW Corp Negeri Perlis, Shamsuharizal Basir dan Ketua Perkhidmatan Pengguna TNB Perlis, Azian Alias yang mengiringi Baginda dalam kayuhan tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button