Pendidikan

UniMAP jalin kerjasama dengan Micron

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat Micron melalui Micron Malaysia dan Penyelidikan Kolaboratif Dalam Kejuruteraan, Sains, dan Teknologi (CREST) bagi Program Ijazah Sarjana Industri Pemecut Bakar Semikonduktor di bawah Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang akan bermula dengan pengambilan pelajar pada awal tahun 2025.

Syarikat mega ini merupakan satu-satunya syarikat yang menghasilkan teknologi memori dan penyimpanan utama melalui teknologi DRAM, NAND, dan NOR ini turut berhasrat untuk menaik taraf kolaborasi daripada “Talent Partner University” kepada “Strategic Partner University”.

Hubungan baik di antara UniMAP dan Micron Malaysia telah terjalin sejak 2022 dan telah menjadi rakan kongsi bagi program dan aktiviti seperti Pameran Kerjaya, Bengkel Kejurulatihan Kerjaya dan Temuduga Dalam Kampus.

Demikian dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena kebeangkatan Bagunda ke Micron Semiconductor Asia Operation Pte Ltd di 1 Woodlands Industrial Park D Street 1, Singapura.

Taklimat dipersembahkan oleh Naib Presiden Korporat, dan Pengurus Negara, Micron Singapura merangkap Naib Presiden, Timbalan Presiden, Strategi Manusia, Teknologi, dan Pengambilan Bakat Asia, Sim Cher Whee.

Turut mengirngi Baginda dalam rangka lawatan kerja ke Singapura bagi mengetuai delegasi ‘UniMAP International Leadership Mobility 2024’ UniMAP adalah Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli. Hadir sama ialah Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP turut berkenan mengadakan lawatan ke sekitar fasiliti canggih pembuatan kilang tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button