Hiburan

Sampai ke Malaysia kisah selebriti Indonesia, Nikita bersama anaknya

Kemelut membabitkan selebriti Indonesia, Nikita Mirzani dan anak perempuannya, Lolly semakin panas apabila ibunya dapat tahu anaknya Lmengadung anak luar nikah dan tindakanya menggugurkan kandugan.

Isu berkenaan terus memanas apabila Nikita melaporkan teman lelaki Lolly kepada polis. Lolly dalam keadaan marah telah membuat video penjelasan bahawa khabar tentang kehamilan itu adalah tidak benar termasuklah tindakan bercakap buruk tentang Nikita. Konflik ini bertambah serius apabila rakan baiknya turut terjebak sama mendedahkan pelbagai aib Lolly.

Melihat situasi yang semakin tidak terkawal, Nikita Mirzani akhirnya bertindak menjemput gadis 17 tahun itu di sebuah pangsapuri di Jakarta yang didiami sejak Khamis lalu. Pelakon tersebut turut membawa beberapa lelaki berbadan tegap serta pihak polis ketika serbuan itu dijalankan. Lolly terus meronta-ronta dan meminta tolong dengan jeritan cukup kuat sehingga terpaksa didukung beramai-ramai untuk dimasukkan ke dalam kereta.

Menurut pihak berkuasa yang terlibat, tindakan menjemput secara paksa ini merupakan hak wajar Nikita sebagai seorang ibu untuk menyelamatkan Lolly.

Lolly yang nampak seperti tidak stabil telah dibawa ke pusat rawatan untuk pemeriksaan lanjut. Mata Nikita tampak sembap ketika proses menjemput Lolly dijalankan.

Terdahulu, hubungan mereka menjadi keruh selepas Lolly memburukkan Nikita dan berpihak pada bekas bapa tirinya apabila penceraian terjadi. Hinggakan, Nikita pernah membuang Lolly daripada daftar keluarga dan gadis belasan tahun itu tinggal di London sebelum terpalit dengan isu-isu hutang serta menanggung hidup banyak lelaki.|

Walaupun nampak seperti sudah tidak ambil tahu seorang ibu dalam diam banyak membantu anaknya itu.

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button