Hiburan

Datuk Red bagi hint kawin semula dengan Adira di pentas?, penyanyi itu mohon doakan yang baik-baik

BEKAS suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red membuat kejutan apabila naik ke pentas dengan memberikan cincin buat bekas isterinya itu seperti bagi hint bakal berkawin semula.

Beliau yang muncul di gimik pelancaran ketika memperkenalkan koleksi emas terbaru diberi nama ‘Siti Adira’ yang merupakan hasil koleberasi bersama jenama Miragold.

Menurut penyanyi itu, ia adalah sekadar gimik untuk memudahkan perjalanan majlis dan memeriahkan keadaan malahan turut berterima kasih buat Datuk Red kerana sudi menjayakan gimik tersebut.

“Gimik ini untuk mencantikan perjalanan Siti Adira Collection dan Mira Gold. Kami pun pujuk dia bukan main lama, tetapi kami tidak mendesak. Alhamdulillah, Tuhan mempermudahkan dan melembutkan hatinya untuk menyertai gimik ini.”

‘’Saya mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik, jika ada jodoh adalah, jika tiada terus jadi ibu tunggal’’, katanya.

Ditanya pada pengasas Miragold adakah ini seperti mengambil kesempatan ke atas isu kontroversi yang terjadi kepada mereka berdua, jelasnya ia sama sekali bukan meraih perhatian tetapi meraihkan kedatagan Datuk Red.

“Kami bukan mengambil kontroversi, tetapi bagi saya, tidak salah untuk meraikan kedatangan Datuk Red. Kami sudah bersama Adira, jadi apa salahnya kami bersama keluarganya juga bersama Mira Gold.”

Semalam berlangsung majlis pelancaran memperkenalkan cincin Siti Adira hasil usaha bersama Miragold setelah cincin Ami telah mendapat sambutan dan tular kini rekaan terbaru yang lebih eksklusif, disertakan dengan sijil khas dan hanya 1,000 unit yang dikeluarkan.

Walaupun baru dilancarkan pada semalam, hampir 400 unit cincin dengan rekaan ‘Six Loop’ dan ‘Eight Loop’ telah terjual.

Untuk rekod, kedai Mira Gold mula beroperasi pada 2018 dan kini mempunyai dua cawangan di Pasir Gudang, Johor dan Taman Melawati, Kuala Lumpur. Mira Gold juga menawarkan pembelian barang perhiasan emas secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan.

Artikle Berkaitan :>

Rezeki terpijak Datuk Red, sedia terima bimbingan Dr. Azizan dan Dr. Samhan

“Saya, Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu”

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button