Nasional
Pimpinan utama GISBH, isteri antara 19 direman tujuh hari
POLIS menggempur Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) dengan menahan 19 pemimpin utara serta isteri dan dua anak mereka.
Kesemua mereka telah direman tujuh hari bermula hari ini. Permohonan reman ke atas individu berusia 25 hingga 65 tahun itu dikemukakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret, di Shah Alam.
Suspek semuanya terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, Selangor.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, 19 orang telah ditangkap dalam operasi khas Bukit Aman jam 5.40 pagi pada Khamis.