Jenayah

‘Abang Bas’ bebas lepas ikat jamin RM40,000 dilakukan oleh peguam ‘kotak pensil’

AKHIRNYA selepas seminggu Abang Bas yang pernah tular di media sosial dibebaskan dengan ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 di Kompleks Mahkamah Muar hari ini.

Proses membayar ikat jamin dilakukan peguam probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar

Keseluruhan jumlah ikat jamin dikenakan itu membabitkan tiga pertuduhan antaranya mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017, Seksyen 15 (a) (iii) akta sama dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menurut laporan BH, walaupun dibebaskan, ‘Abang Bas’ masih terikat dengan syarat tambahan ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Muar dan Mahkamah Sesyen Batu Pahat iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan dan tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa atau saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Dia yang berusia 24 tahun tiba di mahkamah jam 8.30 pagi sambil diiringi polis bagi urusan ikat jamin, sebelum dibebaskan dengan jaminan yang ditandatangani ahli keluarganya, jam 11.50 pagi.

Sebaik dibebaskan, ‘Abang Bas’ dipeluk erat ibunya yang menunggu sejak awal pagi sambil menangis.

“Alhamdulillah, syukur,” itulah yang kedengaran daripada ibu ‘Abang Bas’ sebelum ditenangkan ahli keluarganya.

Sementara itu, bapanya yang ditemui selepas selesai ikat jamin berkata, dia bersyukur kerana proses itu berjalan lancar.

Terima kasih pada semua pihak kerana sudi membantu membolehkan anak saya diikat jamin, saya tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa mereka.

“Saya cuma berdoa, itu sahaja. Kami orang kampung tidak tahu sangat prosedur mahkamah. Saya berdoa semoga dipermudahkan segala urusan anak saya (Abang Bas).

Selasa lalu, Mahkamah Sesyen Muar membenarkan ‘Abang Bas’ diikat jamin RM30,000 terhadap dua pertuduhan, manakala Mahkamah Sesyen Batu Pahat memberikan ikat jamin RM10,000 untuk satu pertuduhan.

Bagaimanapun, keluarga kepada anak bongsu daripada enam beradik itu tidak mampu membayar keseluruhan ikat jamin dikenakan menyebabkan ahli keluarganya merayu orang ramai menghulurkan sumbangan itu untuk membayarnya.

Artikle Berkaitan :>

Abang Bas muat naik ‘’Crush dengan pelajar sekolah rendah, Nancy arah buat laporan polis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button