Nasional

MAHA go Global bantu usahawan tempatan export ke luar negara

SEMPENA sambutan MAHA KE-100 tahun, penganjuran kali ini menyediakan satu segmen berbentuk ekspo perdagangan dan forum perbincangan antarabangsa ‘MAHA Go Global’. Ini bertujuan untuk mengangkat sektor agromakanan negara ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan dan penyertaan daripada pelbagai negara, seterusnya memangkin potensi pelaburan dan perdagangan dalam sektor agromakanan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Bin Sabu, berkata antara pengisian dalam MAHA Go Global ini adalah pandangan perniagaan antara usahawan tempatan dan negara luar, Trade Expo, perniagaan, dan pelaburan.

‘’MAHA Go Global (MGG) ini dilaksanakan melalui beberapa komponen iaitu Ekspo Perdagangan Antarabangsa (International Trade Expo) di Hall C MAEPS, Program Pemecut Perniagaan dan Pelaburan (Business and Investment Acceleration Program), dan Program Pembeli Tuan Rumah (Hosted Buyer Program). Tumpuan akan diberi kepada 3 hari pertama MAHA 2024 iaitu 11-13 September 2024, yang dikenali sebagai Trade Days.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Bin Sabu, merasmikan acara MAHA GO GLOBAL

‘’International Trade Expo yang berlangsung di Hall C MAEPS menyediakan platform peluang padanan perdagangan kepada pemain industri agromakanan. Seramai 68 pempamer dalam negara dan 70 pempamer asing dari 13 negara seperti Amerika Syarikat, China, Rusia, Jepun, Indonesia, Thailand, dan beberapa negara Eropah telah menyertai Trade Expo di Hall C bagi mempromosikan produk dan kepakaran masing-masing.

‘’Komponen Program Pemecut Perniagaan dan Pelaburan pula memberi penekanan kepada elemen perkongsian pengetahuan dan teknologi di mana aktiviti berbentuk forum perdagangan akan dilaksanakan. Dua (2) program khusus yang akan berlangsung semasa MAHA Go Global adalah Kongres Keselamatan Makanan Asia ke-2 (2nd Annual Food Security Asia Congress, FSA) dan Perbincangan Perdagangan dan Eksport (Trade and Export Talk, TexTalk) yang melibatkan penceramah dan pakar dari dalam dan luar negara. Selain daripada itu, majlis pertukaran MOU juga akan dilaksanakan sebagai salah satu usaha KPKM untuk mengangkat atau memberi pitching kepada usaha-usaha kerjasama dan pembangunan dalam sektor agromakanan.

Komponen Program Pembeli Tuan Rumah pula merupakan pendekatan khusus yang diambil oleh Kementerian dengan membawa pembeli atau pembeli berpotensi tinggi bagi memangkin penjanaan padanan perniagaan dan pelaburan. Seramai 67 pembeli tuan rumah dari pelbagai negara merangkumi negara-negara ASEAN, Eropah, dan Timur Tengah didatangkan secara khas untuk 3 hari pertama ini.

Melalui MAHA Go Global, KPI yang disasarkan adalah nilai potensi pelaburan dan memorandum persefahaman (MOU) sejumlah RM6.0 bilion serta sasaran janaan potensi perniagaan sejumlah RM167 juta.

‘’Melalui pelbagai aktiviti yang telah dirangka dan pendekatan-pendekatan khusus yang diambil, KPKM optimis bahawa kedua-dua KPI ini dapat dicapai. Sasaran ini juga merupakan KPI bagi penganjuran MAHA 2024.

‘’Namun, dalam memastikan segala sasaran dicapai dan pelaksanaan segmen MAHA Go Global ini dilaksanakan dengan jayanya, kerjasama yang erat merentasi Kementerian, agensi, dan Kerajaan Negeri amat-amat diperlukan. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang sangat baik yang telah diberikan oleh FAMA, MARDI, LPNM, Pejabat Penasihat Pertanian (PPP) di luar negara, Pihak Berkuasa Koridor Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), pihak Kedutaan Negara Asing di Malaysia, “thank you so much His Excellencies”, serta pihak swasta.

Beliau juga berharap agar Program MAHA Go Global ini akan dapat menjadi platform bagi mengangkat sektor agromakanan negara ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan dan penyertaan daripada pelbagai negara, seterusnya memangkin potensi pelaburan dan perdagangan dalam sektor agromakanan.

Kementerian akan sentiasa memberi sokongan padu terhadap program seumpama ini dan diharap kerjasama strategik seperti ini akan dapat diteruskan dan lebih banyak program seperti ini dapat dilaksanakan, sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Artikle Berkaitan :>

Mat Sabu kata bekalan telur dan ayam pulih, beras cukup

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button