Travel

MAS kini terbang terus ke Paris

MENGGUNAKAN pesawat Airbus A350 Malaysia Airlines melancarkan penerbangan terus ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle (CDG), Paris, Perancis bermula 22 Mac 2025.

Laluan berkenaan menjadi destinasi ke-68 Malaysia Airlines, selepas mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk ke Asia dan menandakan pencapaian penting dalam peluasan syarikat penerbangan nasional itu ke laluan di Eropah.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Kapten Izham Ismail, pengembangan ke Eropah menandakan satu pencapaian penting bagi Malaysia Airlines.

Meskipun pasaran Eropah sangat kompetitif, MAG melihat potensi besar laluan terbabit untuk menarik pelancong utama, bukan sahaja dari Malaysia tetapi negara serantau lain.

“Bermula suku keempat ini, terdapat penambahan pesawat yang mempunyai kapasiti lebih besar dan MAG bersedia untuk membawa penumpang ke bandar Eropah yang memang telah lama dinantikan dalam rangkaian kami.

“Dengan melancarkan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Paris, kami menegaskan kedudukan MAG sebagai syarikat penerbangan utama dan mengukuhkan peranan MAG sebagai pintu masuk ke Asia dan negara berhampiran.

“Laluan itu nanti akan menggunakan pesawat A350-900 yang canggih dan telah beroperasi di laluan utama seperti London serta Doha, sekali gus memberikan pengalaman perjalanan bertaraf dunia kepada penumpang kami,” katanya kepada media pada majlis pelancaran penerbangan terus Malaysia Airlines ke Paris sempena Matta Fair di sini, hari ini.

Perkhidmatan ke Paris itu akan beroperasi menerusi empat penerbangan mingguan pada 22 Mac 2025 dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penerbangan harian pula dijadualkan dari 29 Mac 2025 dan penumpang akan diterbangkan menggunakan pesawat A350-900.

Bagi meraikan penetapan laluan semula itu, Malaysia Airlines turut melancarkan kempen ‘Time for Paris’ dengan penjualan tiket akan bermula hari ini, daripada harga RM3,699.

Program itu direka untuk menawarkan fleksibiliti tiada tandingan, penjimatan awal pada laluan Malaysia Airlines dan penyelesaian perjalanan yang disesuaikan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta korporat.

MHcorporate menyediakan pengalaman perjalanan premium, tambang istimewa, dan pengenalan Corporate Enrich Points, yang boleh ditebus untuk pelbagai manfaat.

Kreadit :> Berita Harian

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button