Acara

Hishammuddin mengadap Raja Perlis

KANGAR 6 Sept. – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan sembah mengadap oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Datuk Hussein di Kangar semalam.

Turut berangkat sama adalah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sesi mengadap ini adalah bertujuan untuk menziarahi Tuanku Syed Sirajuddin yang telah menjalani pembedahan kaki kanan pada penghujung bulan Mei yang lalu.

Bekas Menteri Kanan Pertahanan Malaysia yang diiringi sama anakanda beliau Fahd Hussein turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis yang merupakan salah tumpuan baru para pelancong yang bercuti di negeri Perlis.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button