NasionalUncategorized

Operasi tangkap buaya akan dilakukan, tasik Shah Alam ditutup

SEKITAR kawasan Tasik Seksyen 7 dekat ditutup sementara mulai jam 8 malam hari ini bagi memberi laluan kepada operasi menangkap buaya oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor.

Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan memaklumkan penutupan sementara itu bermula jam 8 malam hingga reptilia itu ditangkap.

“Penutupan sementara ini akan membabitkan aktiviti rekreasi di sekitar Tasik Seksyen 7 Shah Alam seperti berjoging bermula jam 8 malam hingga 7 pagi sehingga operasi menangkap buaya selesai dijalankan. Aktiviti memancing adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keadaan sekeliling yang lebih sunyi semasa

operasi dan pada masa yang sama memastikan keselamatan orang awam di kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

“Namun, gerai makanan masih lagi dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa dan tamat operasi perniagaan pada jam 7 malam,” jelas MBSA, hari ini.

MBSA berkata, PERHILITAN Selangor telah memasang dua perangkap di tasik berkenaan manakala pihak MBSA turut memberikan kerjasama dengan memasang jaring di lima saluran air bagi mengelakkan buaya daripada terlepas.

MBSA turut menasihatkan pengunjung untuk sentiasa berhati-hati apabila berada di kawasan tasik Seksyen 7 sehingga Operasi Menangkap Buaya selesai dijalankan.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button