Ali putih curi tumpuan, ingin hulur bantuan kepada suami isteri curi Milo untuk biayai dialisis ibu
PELAWAK Ali Puteh mahu menghulurkan bantuan kepada suami isteri yang didapati bersalah kerana mencuri di pasar raya bagi membantu kos dialisis ibu mereka.
Hasratnya untuk meringankan beban kepada dengan memberikan bantuan buat pasangan itu, menurutnya, dia sebelum ini pernah menjaga arwah ibunya, Sabariah Arshad dan akui kos rawatan dialisis memerlukan wang yang banyak.
‘’Jika diizinkan denda RM3000 itu boleh tak saya bayarkan untuk abang dan kakak ini? Sebab saya juga pernah merasa jaga arwah mak saya dialisis dan memang perlukan duit yang banyak. Izinkan saya bantu abang dan kakak ini’’ katanya.
Terdahulu, pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nor Azam Bakar dan Noor Azura Rosslan didapati bersalah kerana mencuri 24 peket Milo dan Nescafe di beberapa pasar raya sebelum dijual kepada orang lain.
Difahamkan, motif pasangan suami isteri itu berbuat demikian adalah untuk mencari wang bagi menampung kos rawatan dialisis ibu kepada Mohamad Nor Azam.
Mereka yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kemudiannya dijatuhi hukuman dijel selama 28 hari dan denda sebanyak RM3,000.
Artikle Berkaitan :>
Mahmakah perintah Ali Puteh bayar RM60,000 kepada kakak ipar