Hiburan

Bekas kakak ipar Ira Kazar mohon maaf di hapadan hakim, isu kes saman Puteri Sarah capai kata sepakat

ISU kes saman Puteri Sarah terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwie Arvienda Mazweena akhinya selesai selepas kedua pihak mencapai kata sepakat.

Menurut Oh Bulan, keputusan itu diputuskan Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat selepas Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah itu secara baik.

Peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas berlakunya perbincangan di antara anak guamnya selaku plaintif bersama defendan di luar mahkamah

Ketika prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Puan Yasmin Abdul Razak, Wiwi kesal dengan tindakannya memuat naik hantaran berbaur tohmahan justeru membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah.

‘’Saya Wiwie Arvienda Mazweena membuat permohonan maaf terhadap Puteri Sarah atas kesalahan posting yang saya lakukan pada 24 Ogos 2023’’.

Sementara itu, Akberdin yang membaca draf penyataan memaklumkan bahawa pihak defendan dan plaintif bersetuju untuk tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform media sosial.

 

Selain itu, Wiwi juga perlu untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat untuk tatapan umum selama tujuh hari di Instagram (IG) bermula hari ini.

 

Untuk rekod, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos tahun lalu.

 

Tuntutan itu dibuat selepas Wiwi membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram pada 24 Ogos tahun yang sama.

Artikle Berkaitan :>

Kini bekas kakak ipar Ira Kazar pula bakal disaman oleh Puteri Sarah!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button