Hiburan

Keterujaan Che Ta pada pinggan mangkuk T20 di SZBLOOMS

SELEBERITI, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta akui sangat teruja dengan hiasan dalaman rumah terutama bagi set pinggan mangkuk ‘Tablescapes’.

Sebagai seorang wanita dia juga mementingkan kesempurnaan, terutama sekali ketika dia menikmati makan bersama keluarga jadi tidak hairanlah di mata peminatnya Che Ta sentiasa kelihatan mewah.

Menurutnya, Che Ta sanggup berhabis duit dengan membeli set pinggan mangkuk di SZBLOOMS yang terletak di Bandar Puteri Bangi, kerana di sini terdapat diskaun sehingga 60% dan mempunyai pelbagai pilihan yang menarik.

“Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada Pesta Portmeirion ini! SZBLOOMS bukan sahaja menjadi destinasi utama untuk mendapatkan barangan Portmeirion yang berkualiti tinggi, tetapi juga menawarkan pelbagai jenama hebat dari Eropah. Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi penggemar hiasan rumah dan pencinta pinggan mangkuk,” kata Che Ta ketika ditemui semasa dalam acara Pesta Portmeirion : Jiwa Merdeka.

Acara yang berlangsung semalam menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi Deko – Tablescapes pada 24 Ogos 2024 (Sabtu). Che Ta berkongsi tips dan trik menghias meja dengan menggunakan produk dari Portmeirion, memberikan inspirasi kepada pengunjung untuk mencipta suasana yang menawan di rumah mereka.

“Saya percaya bahawa hiasan meja yang cantik dapat mencipta pengalaman makan yang lebih bermakna. Saya sedia untuk berkongsi idea-idea kreatif bersama semua yang hadir! Mari kita meraikan keindahan dan keunikan produk Portmeirion dari SZBLOOMS sambil menghayati semangat kemerdekaan kita.

‘’Pesta ini juga menawarkan diskaun hebat sehingga 60% untuk koleksi Portmeirion, serta peluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik. “SZBLOOMS telah membuktikan diri mereka sebagai pengedar rasmi Portmeirion UK yang terbaik di Malaysia, dan saya sangat berbangga untuk menyokong mereka dalam acara ini,” katanya.

Bagi Pengasas SZBLOOMS, Puan Syanita Zur, pesta yang berlangsung dari 23 Ogos sehingga 1 September ini bukan semata-mata untuk menjual, lebih mengeratkan hubungan  dan berkongsi pendapat bagi peminat ‘Tablescapes’ tentang hiasan di meja makan.

‘’Sebagai pengedar rasmi Portmeirion UK, kami di SZBLOOMS berbangga untuk membawa produk berkualiti tinggi ini kepada pencinta pinggan mangkuk di Malaysia. Pesta ini bukan sahaja untuk menonjolkan produk kami, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan antara SZBLOOMS dan komuniti.

“Di SZBLOOMS, anda bukan hanya memilih pinggan mangkuk, tetapi juga simbol kasih yang akan menghiasi meja makan anda. Bayangkan anak-anak anda mendengar kisah-kisah indah dan merasai kehangatan keluarga di ruang yang sama, jom cipta kenangan baharu untuk generasi yang akan datang,” kata Muhammad Mujaheed Mahfuz, Ketua Eksekutif di SZBLOOMS.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa dan berpeluang memenangi hadiah menarik.

Artikle Berkaitan :>

Minyak naik subsidi tiada, Che Ta cadang naik basikal

Bersolat Sambil Pakai Inai Celup Nunha & Che Ta? Ini Respon Dari Sudut Agama!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button