Parlimen

Jika ambil kopi berlebihan ini akan terjadi menurut pakar

GAYA Hidup semakin meningkat, ramai golongan remaja dan dewasa hanya bergantung kepada kopi untuk melakukan aktiviti seharian namun tahukah anda jika mengambil kafein secara berlebihan akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Menurut Bernama, kebimbangan mengenai kesan buruk kafein terhadap tekanan darah dan kadar degupan jantung telah mendorong pelajar perubatan India Nency Kagathara untuk mengkaji kesannya terhadap
kesihatan kardiovaskular, lapor United Press International (UPI).

Kagathara, pelajar di Zydus Medical College di Gujarat, India mendapati bahawa pengambilan lebih daripada 400 miligram (mg) kafein setiap hari boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan individu yang sihat.

“Dengan peningkatan beban penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi, peranan kafein sebagai,,” jelas
faktor risiko sering diabaikan,” jelas Kagathara.

Kajian yang akan dibentangkan pada persidangan American College of Cardiology Asia 2024 di Delhi mendedahkan bahawa pengambilan kafein secara kronik boleh merangsang sistem saraf, menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung secara berterusan dan tekanan darah.

Kagathara berkata pengambilan kafein yang tinggi telah dikaitkan dengan risiko lebih besar untuk mengalami keadaan seperti penyakit arteri koronari, kegagalan jantung dan penyakit buah pinggang kronik.

Dalam kajian itu, 100 peserta yang sihat berusia antara 18 hingga 45 tahun telah diuji, dengan 19.6 peratus daripada mereka mengambil lebih daripada 400mg kafein setiap hari.

Responden yang mengambil kafein dalam jumlah yang tinggi menunjukkan peningkatan ketara dalam kadar degupan jantung dan tekanan darah selepas bersenam.

Kagathara memberi amaran bahawa pengambilan kafein secara kronik melebihi 600mg sehari boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang, termasuk kebimbangan, insomnia dan kelemahan tulang.

Pakar di persidangan itu, termasuk Dr Usman Baber dan Dr Gregory Marcus mengakui penemuan kajian berkendan tetapi memberi amaran bahawa saiz sampel terlalu kecil untuk membuat kesimpulan yang muktamad.

Seorang pakar kardiologi Dr Jacqueline Hollywood menasihatkan bahawa walaupun pengambilan kafein secara sederhana umumnya selamat, mereka yang mempunyai masalah kardiovaskular sedia ada
harus memantau kesihatan mereka dengan teliti selepas mengambil kafein.

Pakar kesihatan mencadangkan supaya berunding dengan penyedia penjagaan kesihatan untuk menilai
risiko individu yang berkaitan dengan pengambilan kafein, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah jantung.

Kreadit Bernama

Artikle Berkaitan :>

Tourism Malaysia lancar Miss Shophia Coffee Experience & Miss Shophia Go Pesta Kopi Extended 2023

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button