Hiburan

Gara-gara campur urusan rumah tangga aktress terkenal, pembantu peribadi dipukul.

KERANA dituduh masuk campur urusan rumah tangga pasangan selebiriti, pembantu kepada aktress mendakwa dicederakan serta diugut oleh pelakon wanita pada 14 Ogos lalu di Batu Caves.

Menurut Laporan Sinar Harian, wanita berkenaan mendakwa kejadian itu berlaku gara-gara dia dituduh mencampuri urusan rumah tangga pelakon tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 28 tahun.

‘’Kejadian berlaku di pejabat majikannya itu di Batu Caves (14 Ogos) dipercayai berpunca kerana mangsa telah mencampuri urusan rumah tangga majikannya.

Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dicederakan serta diugut menggunakan senjata oleh majikan yang berumur 32 tahun dan sepupu majikannya berumur 30 tahun itu.

Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lengan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

kreadit : Oh Bulan

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button