Nasional

Dua pesawat TUDM bawa rakyat Palestin yang cedera selamat tiba di Pangkalan Udara Subang

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Khaled bin Nordin telah hadir ke Majlis Penerimaan Pesakit Rakyat Palestin di Pangkalan Udara Subang (PU Subang), hari ini. Misi ini dilaksanakan atas pertimbangan kemanusiaan serta rasa kebersamaan Malaysia dengan menyediakan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang tercedera akibat konflik. Langkah ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap bantuan kemanusiaan dan sokongan kepada rakyat Palestin.

Melalui Misi ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengaturgerakkan dua buah pesawat A400M bagi membawa pulang rakyat Palestin yang cedera untuk menerima rawatan di Malaysia dari Kaherah, Mesir ke Malaysia. Misi ini telah melibatkan seramai 75 pegawai dan anggota ATM serta agensi awam merangkumi krew penerbangan, anggota TUDM dan Aeromedical Team dari Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM (BPK).

Kesemua pesakit yang dibawa ke Malaysia telah melalui proses tapisan yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK), ATM bagi memastikan setiap daripada mereka boleh melalui penerbangan yang panjangAntara rawatan yang diberikan kepada pesakit termasuklah patah dan kehilangan anggota badan terutamanya kaki dan tangan, luka parah di kepala, kecederaan mata dan lain-lain penyakit serta kecederaan yang berpanjangan kesan daripada akses kepada kemudahan kesihatan yang terhad.

Pada hari ini, Hangar Nombor 16 Skuadron di PU Subang telah dijadikan sebagai Mini Hospital (Medical Staging Area) bagi persinggahan sementara rakyat Palestin setelah tiba di Malaysia, sebelum dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur. Selain itu, sebanyak 26 buah ambulan telah disediakan untuk membawa pesakit dari lapangan terbang ke hospital, serta sebuah bas dan 8 buah van untuk membawa waris dari transit ke hospital.

Kesemua rakayat Palestin yang di bawa ke Malaysia adalah seramai 127 orang yang mana mereka terdiri daripada 41 orang pesakit Rakyat Palestin dan diiringi oleh 86 orang waris. Antara mereka adalah kanak-kanak, remaja dan dewasa yang mana telah melalui proses dokumentasi menerusi Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.

Pihak yang telah banyak membantu pelaksanaan misi ini termasuklah Pejabat Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kedutaan Mesir dan Kedutaan Palestin di Malaysia serta lain-lain jabatan kerajaan.

Hadir di Majlis Penerimaan Pesakit Rayat Palestin di Malaysia adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan mewakili Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Isham bin Ishak, Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta wakil embassador Kedutaan Mesir dan Palestin, pegawai kanan ATM dan Kementerian Pertahanan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button