Ekonomi

PTM dianugerah kontrak pembinaan RM61.4 juta di Perak

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2024 –Pembinaan Teguh Maju Sdn. Bhd. (“PTM”), dianugerahkan Surat Anugerah (“LoA”) oleh Kemuncak Pesaka Sdn Bhd., bernilai RM61.4 juta, bagi membina dan menyiapkan bangunan utama dan kerja-kerja luaran untuk kemudahan pendidikan di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim, Perak.

PTM adalah anak syarikat Varia Bhd berpengalaman dalam bidang pembinaan dan pembangunan hartanah,

LoA itu adalah bagi kerja-kerja mereka bentuk, membina, menyiap, menguji dan mentaukiah pembinaan asrama pelajar, pusat antarabangsa dan mobiliti pusat kemahiran bahasa ruang-ruang sokongan dan infrastruktur luar serta kerja-kerja berkaitan bermula bermula pada 19 Ogos 2024 dan dijangka siap pada 31 Mac 2027, meliputi tempoh selama 31 bulan.

Pengarah Urusan Varia Datuk Benson Lau berkata, kontrak baharu di Tanjong Malim ini adalah bukti keupayaan PTM dan pengembangan Varia dalam sektor pembinaan, khususnya dalam infrastruktur pendidikan.

“Ia bukan sahaja meningkatkan buku pesanan kami tetapi juga mengukuhkan komitmen kami untuk menyumbang kepada pembangunan pendidikan di Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah kontrak itu juga merangkumi komitmen Varia terhadap kecemerlangan dan kemampanan dalam pembinaan, memastikan semua kerja dilaksanakan dengan kesan alam sekitar yang minimum dan mematuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi.

Kontrak ini bersedia untuk memberi kesan positif kepada pendapatan Varia sepanjang tempoh kewangan yang berkaitan dalam tempoh kontrak.

Selain itu, penglibatan ini mencerminkan pengaruh Varia yang semakin meningkat dalam sektor pendidikan dan sejajar dengan strateginya untuk mempelbagaikan portfolio projeknya merentas industri yang berbeza.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button