Jenayah

Polis Perak sedia bantu siasatan berhubung kes guru Istiqomah

POLIS Perak akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan berhubung kes seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang mayatnya ditemukan tanpa kepala dan kedua-dua tangan di Alor Gajah, Melaka pada Disember lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata walaupun kes itu membabitkan penahanan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor dekat sini pada 5 Ogos lepas, pihaknya masih belum menerima sebarang arahan daripada Polis Kontinjen Melaka bagi membantu siasatan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah dalam kenyataan mengesahkan
bahawa mayat tanpa kepala dan tangan ditemukan di tepi jalan di kawasan kampung Tanjung Rimau
Luar, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka pada 31 Dis lepas ialah mayat Istiqomah, seorang guru yang dilaporkan hilang pada 27 Dis 2023.

Beliau berkata polis telah menahan reman sepasang suami isteri bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun isteri suspek berusia 36 tahun yang turut direman bersamanya selama seminggu sejak 6 Ogos dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam perkembangan lain, Azizi berkata tiga individu termasuk seorang wanita ditahan minggu lepas dipercayai ahli sindiket along terbabit dalam kejadian samun berkumpulan di sebuah rumah di
Ayer Tawar, Sitiawan, dekat sini.

Penahanan itu susulan pihaknya menerima laporan daripadaseorang lelaki berusia 20 tahun mengenai kejadian yang berlakupada 12.30 tengah malam pada 8 Ogos lepas, tambah beliau.

“Kejadian berlaku semasa mangsa bersama keluarga dan dua rakannya sedang makan di rumah dan didatangi empat lelaki yang terus memukul mangsa di bahagian belakang badan dengan kayu dan menoreh di bahagian belakang badan mangsa dengan sebilah pisau.

[ “Mangsa pernah melakukan pinjaman sebanyak RM1,000 dengan sindiket along berkendan. Mangsa bersama kakak, ibu serta dua rakannya mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, tangan dan kaki,” katanya.
Azizi berkata pihaknya berjaya menahan seorang wanita dan dua lelaki berusia 20 hingga 33 tahun di Kampar dan Ayer Tawar dekat sini pada Jumaat dan Ahad lepas serta merampas empat buah komputer riba pelbagai jenama, sebuah iPad dan dua buah telefon bimbit.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek direman selama enam hari bagimembantu siasatan di bawah
Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan awal mendapati dua suspek lelaki yang ditahan itu
mengaku bekerja sebagai pemungut hutang dan mereka enggan memberi kerjasama
mengenai empat suspek terlibat dalam kejadian itu yang masih bebas.

“Sindiket ini akan mensasarkan warga tua dan pengusaha niaga kecil-kecilan di kawasan luar bandar di beberapa negeri seperti Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Pihak polis mash meneruskan tindakan mengesan empat suspek masih bebas dan sekiranya terdapat saksi yang melihat kejadian atau mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pengawai penyiasat
Inspektor Amir Hafiz Mohd Rosli di talian 011-24057360 atau Bilik
Gerakan IPD Manjung di talian 05-6899222,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button