Politik

Zahid bukan hero yang menjatuhkan saya – Dr. Mahathir

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2020 bukan kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan Dr. Mahathir berkata beliau meletak jawatan kerana parti yang dipimpinnya, Bersatu, memilih untuk tidak mengikut nasihatnya, menyebabkan beliau berasa perlu meletakkan jawatan secara terhormat.

“Zahid tidak perlu mendabik dada seolah-olah dia adalah hero yang menjatuhkan saya dan menyelamatkan Umno, katanya.

“Zahid bukan hero. Dia hanyalah seseorang (yang) menghadapi pertuduhan di mahkamah dan (bersedia) bekerjasama dengan musuh ketat UMNO, DAP, untuk menjadi timbalan perdana menteri demi menyelamatkan dirinya.” kata Dr. Mahathir

Pada Sabtu, Ahmad Zahid berkata beliau adalah dalang di sebalik keputusan Mahathir untuk melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau berbuat demikian untuk menyelamatkan UMNO daripada dibatalkan pendaftarannya sebagai parti politik.

Dr, Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari 2020, membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Ini membawa kepada kerajaan baharu yang dibentuk oleh Bersatu, Barisan Nasional, Pas dan beberapa ahli parlimen PKR, diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali.

Kemudian Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan perdana menteri.

Mahathir ketika itu adalah pengerusi Bersatu, yang sebahagian besarnya dilihat sebagai parti serpihan UMNO. Beliau juga meletakkan jawatan dalam parti selepas berundur sebagai perdana menteri.

Dalam catatannya di X, Mahathir berkata bahawa Zahid, yang dilantik sebagai Presiden UMNO selepas BN kalah kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya umum 2018, bertemu beliau untuk berkongsi kebimbangannya tentang masa depan UMNO.

Mahathir, bekas presiden UMNO, berkata beliau memberitahu Zahid bahawa beliau percaya parti itu telah tersasar daripada prinsip penubuhannya dan harus dibubarkan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button