Hiburan

Punca Fara Salleh minta cerai, kerana Shuk cerita keburukan di ‘group’

SEJAK semalam kecoh berkenaan rumah tangga Pelawak Shuk Sahar dan isterinya Fara Salleh minta untuk dilepaskan kerana sudah tidak tahan dengan sikap suaminya itu.

Menurut Laporan Berita Harian, Fara berkata dia sudah hilang sabar dengan perangai Shuk yang sering bercerita keburukan kepada rakan-rakan sehingga nama baiknya terjejas.

“Saya mengakui ada membuat perkongsian meminta cerai daripada Shuk kerana sudah terlalu penat.

“Semuanya sebab kawan-kawan, persahabatan mereka terlalu kuat sampai suka cerita buruk pasangan masing-masing dalam ‘group’.

“Nama saya buruk bukan sebab mulut orang jauh, tetapi orang paling dekat,” katanya.

Mengenai jalan penyelesaian, Fara berkata, Shuk tidak pernah berubah walaupun sudah banyak kali berbincang.

Katanya, gara-gara sikap suaminya itu, keadaan mentalnya terganggu kerana dia tiada tempat untuk meluahkan perasaan.

“Selepas berkahwin, saya terpaksa menjauhkan diri daripada rakan-rakan kerana mahu fokus menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

‘’Saya pernah ajak Shuk berbincang dan dia berubah tapi sekejap sahaja,” katanya.

Terdahulu, Fara membuat luahan seperti menggambarkan pergolakan dalam rumah tangganya itu menerusi Thread dan mendapat perhatian ramai di media sosial.

Luahan Fara itu membuatkan ada yang mengaitkan kisah perceraian Shuk bersama bekas isterinya, Rossa Serra serta menyifatkan ia seperti karma atas perbuatan berkenaan.

Menyesal kahwin is ‘so real’ (adalah sangat tepat). Saya berharap dia sedar dengan kenyataan saya dan ceraikan saya,” tulisnya.

Fara dan Shuk berkahwin pada November tahun lalu dan ia adalah perkahwinan kedua pelawak itu.

Sebelum ini, Syuk pernah berkahwin dengan Rossa Serra, tapi bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, Shuk dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8 dan Nur Assyifatu Aimi, 5.

Artikle Berkaitan :>

Shuk Sahar beri bayangan akan bercerai dengan Rossa Sera

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button