Ekonomi

Sentimen positif mendorong Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada pembukaan

RINGGIT terus dibuka pada kadar yang lebih baik pagi ini, didorong oleh sentimen berdaya tahan menjelang pengeluaran data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua (S2) 2024 minggu ini, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat 30 peratusan mata (pip) kepada 4.4170/4290 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat pada 4.4200/4280.

Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd. Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid percaya cetakan akhir bagi data S2 yang akan diumumkan pada Jumaat tidak jauh daripada anggaran awal pertumbuhan 5.8 peratus.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button