Hiburan

Andika Putra berdamai dengan bekas isteri, video B**** tidak wujud

PEMPEGARUH media sosial, Andika Putra memilih untuk berdamai bersama bekas isterinya, Ananda Natasha setelah isu yang tular minggu lepas, mereka juga dikatakan sepakat tentang hak penjagaan anak mereka, Alisha Puteri.

Menerusi hantaran di Instagram, Andika berkata, dia dan Natasha akan menjaga anak perempuan mereka secara bergilir-gilir selama seminggu.

 

‘’Hak asuh anak terhadap Alisha akan diperhalusi dan diselesaikan dengan baik demi kebahagiaan Alisha.

 

‘’Masing-masing akan fokus penjagaan Alisha secara adil dan bergilir-gilir iaitu Tasha seminggu, Dika seminggu.

Selain itu, Dika juga akan menyediakan seorang pengasuh buat Alisha seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini.

 

‘’Perjanjian sebelum cerai yang fokus kepada penyediaan pembantu pengasuh kepada Tasha untuk hal ehwal kebajikan Alisha serta nafkah yang mencukupi diteruskan seperti sedia kala.Mutaah pula adalah selepas daripada keputusan yang akan ditentukan daripada mahkamah syariah.

 

Berkenaan dengan dakwaan ugutan penyebaran video ‘b****’ bekas isteri, Dika menjelaskan dia tidak memiliki sebarang video atau gambar terlarang tersebut.

 

Tasha dan Dika sendiri dah berjumpa depan-depan dengan cara yang harmoni dan sudah ‘clarify’ dan semakan iaitu tiada video mahupun gambar terlarang atau sensitif dalam simpanan Dika.

Sekadar info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, Andika dan Natasha dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Alisha Puteri.

Kreadit : Oh Bulan

Artikle Berkaitan :>

Andika diuji dengan tagline nya sendiri

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button