Politik

Ahmad Zahid dedahkan beliau dalang jatuhkan Dr. Mahathir

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau adalah dalang utama menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu dalam usaha menyelamatkan tindakan pengharaman parti pimpinannya.

Katanya, tindakan itu perlu dilakukan kerana Dr. Mahathir ketika itu ingin mengharamkan UMNO.
“Apabila mengetahui UMNO mahu diharamkan dan ini disahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di ILMU, Janda Baik, kertas pengharaman telah berada di atas meja Menteri Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ketika itu.
“Jadi dalam situasi itu, tentunya semua ahli apatah lagi kepimpinan UMNO mengharapkan pada saya bagaimana cara terbaik supaya UMNO tidak diharamkan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands di Dewan UMNO bahagian di Sungai Koyan hari ini.
Katanya, beliau juga telah memberi peringatan kepada perwakilan ketika ucapan penangguhan beliau di Perhimpunan Agung UMNO pada 2018.
“Saya menyatakan bahawa dalam masa terdekat kita akan menjadi sebahagian daripada kerajaan tetapi saya diejek beberapa individu tertentu yang tiada dalam UMNO.
“Maka dalam keadaan itu, di Jelai, di Sungai Koyan di sini, saya mesti menyatakan, mengakui adalah dalang utama yang menjatuhkan Tun Dr Mahathir ketika itu, demi UMNO mana mungkin diharamkan, dihina dan dijatuhkan dengan pelbagai fitnah,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button