Sukan

Tiga tekad berkayuh dari London ke Glasgow

KANGAR 10 Ogos – Seramai tiga orang ahli TTG Perlis mewakili Kelab berbasikal ‘Brompton Junction Perlis’ memulakan ekspedisi kayuhan yang bermula dari kota raya London, England dan berakhir di Glasgow, Scotland.

Sesi ‘Flag Off’ kayuhan ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom iaitu TYT Datuk Zakri Jaafar di perkarangan pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Tiga ahli yang terlibat adalah Shahidi Shahidan, Ir. Abdul Najib Abdullah dan Tengku Yusoff Tengku Ahmad. Peserta-peserta lain adalah Anuar Ahmad, Redzuan Abd Rahim, Afnizul Mhd Zain, Nidzamuddin Ahmad dan Shaiful Azhar Abu Bakar.

Kumpulan Brompton Junction Perlis turut disertai sama oleh beberapa orang rakan-rakan dari Suruhanjaya Malaysia dan juga warga Malaysia di United Kingdom dan akan melalui beberapa bandar-bandar besar termasuk Oxford, Birmingham, Liverpool, Manchester, Edinburgh sebelum berakhir di Glasgow.

Menurut Shahidi, ‘Tujuan utama kayuhan ini adalah untuk mengeratkan silatulrahim di antara warga Perlis dan Komuniti Malaysia serta warganegara di United Kingdom dan pada masa yang sama mempromosikan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang rancak berjalan. Tambah istimewa ialah selain membawa bendera Perlis, kami juga akan mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan negara kita’ tahun ini.

Sebelum berlepas ke London, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail berkenan menyerahkan bendera Perlis dan juga plaka serta pamplet TMPs 2024-2025 yang dibekalkan oleh Pejabat Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis dalam satu program yang diadakan di perkarangan Masjid Al-Hakim Padang Malau, Beseri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menasihatkan para peserta supaya selain menjaga kesihatan diri serta keselamatan di jalanraya, mereka juga mesti berwaspada dengan situasi semasa yang sedang berlaku di United Kingdom pada ketika ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button