Isteri dah elok tutup suami pula cerita dalam kain
PEMPENGARUH media sosial, Ryzal Ibrahim sekali lagi mencetuskan kontroversi, sehingga ada yang tidak senang dengan video dia bersama isterinya, Maryam memilih buah tembikai, tidak kurang juga pasangan suami isteri ini menerima kecaman yang hebat di media sosial.
Menerusi video tersebut, Maryam berkongsi tips untuk memilih buah tembikai yang elok dan manis, Maryam juga menerangkan cara untuk menentukan kualiti tembikai yang manis.
Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah reaksi Ryzal terhadap tips tersebut, Ryzal membuat kenyataan yang didakwa mengandungi unsur ‘double meaning’.
“Kalau yang kecil tu macam Rina, besar ni macam Maryam punya.” Katanya.
Kata-kata itu telah mengundang kecaman dan reaksi negatif daripada wargamaya dengan tindakannya.
Ramai yang berpendapat bahawa lawak tersebut tidak sepatutnya dibuat, terutamanya apabila melibatkan perkara sensitif seperti itu.
Ada juga meninggalkan komen dan menasihati Ryzal bahawa sebagai individu yang berpengaruh, Ryzal sepatutnya lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan atau jenaka yang boleh menyinggung perasaan orang lain.
Artikle Berkaitan :>