Jenayah

Suspek culik Albertine Leo miliki batal kanak-kanak bogel dan alat sulit wanita palsu

SUSULAN kes penculikan kanak-kanak perempuan, Albertine Leo’s yang berusi 6 tahun yang diculik di Iskandar Puteri pada 20 Julai, pengangur mengaku tidak bersalah kerana memiliki bahan lucah melibatkan kanak-kanak.

Menurut Laporan Kosmo, Tertuduh, Leang Win Son, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semuapertuduhan yang dibacakan terhadapnyadalam bahasa Mandarin di depan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Win Son didakwa kerana memiliki bantal panjang bergambar kanak-kanak wanita berbogel, bantal panjang bergambar kanak-kanak berseluar pendek dan juga alat sulit palsu wanita.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu pada pukul 4 petang di kediaman keluarganya di Taman Sri Kulai, di sini pada 24 Julai lalu.

Atas semua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua- duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin kemudian meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM21,000 atas semua kesalahan berkenaan.

Peguam tertuduh, Nur Zafirah Norizan bagaimanapun meminta mahkamah memberikan jaminan minimum kerana tertuduh tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh ibunya yang berpendapatan kira-kira RM3,000 sebulan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 untuk semua tujuh pertuduhan dan tarikh 10 September depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana menculik, mengurung secara salah dan amang seksual selain memiliki bahan lucah.

Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Rasidah Roslee dan Siti Noraida Sulaiman.

Pada 20 Julai lalu, mangsa disedari hilang oleh ahli keluarganya pada pukul 8.30 malam ketika mereka berada di pusat beli belah Eco Galleria, di Iskandar Puteri.

Kanak-kanak itu kemudian ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai lepas dengan suspek turut ditangkap pada masa dan lokasi sama.

Artikle Berkaitan :>

Albertine Leo Jia Hui letih dan trauma, kini selamat di sisi keluarga

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button