Teknologi

I-City bakal dijadikan Bandar Digital

BANDAR i-City bakal dijadikan Bandar Digital yang pertama di Malaysia yang akan menarik pelancong utama kira-kira 5 juta pelancong yang dijangkan pada tahun hadapan.

Sumbangan besar ini dijangka membantu Selangor menjangkau sasaran 7 juta pelancong, seterusnya mengukuhkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama.

Baru-baru ini di majlis pecah tanah SkyCity, tarikan pertama seumpanya di Malaysia, Pengerusi i-City Selangor, Datuk Seri Tengku Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin, berkata bahawa dengan pertumbuhan pesat aktiviti ‘Bleisure’ di Shah Alam, DoubleTree by Hilton, yang merupakan satu-satunya hotel DoubleTree 5-bintang dalam kumpulan Hilton Worldwide, semakin popular sebagai destinasi di Shah Alam. City of Digital Lights yang diiktiraf oleh CNN, pusat beli-belah pertama Thailand di Malaysia – Central i-City, dan pelbagai tarikan lain di City Walk seperti Digital Sports Arena dan Snowalk, antara lain, secara keseluruhan menarik sejumlah besar pelancong tempatan dan antarabangsa setiap tahun.

“Kami percaya bahawa SkyCity akan menambah lagi daya tarikan i-City. Dengan menawarkan pengalaman yang tiada tandingan, kami yakin bahawa i-City akan menarik 5 juta pelancong dari seluruh dunia tahun depan. Ini akan menyumbang secara signifikan kepada kejayaan Tahun Melawat Selangor 2025 yang mensasarkan 7 juta pelancong,” kata Tengku Ahmad.

Beliau menambah bahawa menara setinggi 60 meter yang dihiasi dengan lampu LED dan lengkap dengan gelongsor kaca sepanjang 600 meter ini dijangka dibuka kepada orang ramai pada 11 Disember 2024 untuk menyambut ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Untuk memberikan permulaan yang bermakna kepada kempen pelancongan seluruh negeri, i-City akan menjalankan promosi besar-besaran dan mengharapkan bahawa tarikan yang membolehkan pelawat merasai pengalaman seperti “berenang di langit dan terbang di air” ini akan menjadi tarikan utama tahun depan bagi pelancong tempatan dan antarabangsa.

Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, yang merasmikan majlis pecah tanah pagi ini berkata bahawa menara setinggi 60 meter dengan gelongsor kaca sepanjang 600 meter ini dijangka menjadi tarikan mercu tanda di Shah Alam.

Artikle Berkaitan :>

Association of International IOT entrepreneur’ bakal cipta bandar teknologi Ai

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button