Sukan

SK Tengku Budriah Arau juara bola sepak bawah 11 tahun


PADANG BESAR 6 Ogos – Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah Arau meneruskan penguasaan dalam bola sepak apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Persatuan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS) Perlis 2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chuping pada ahad.

Sekolah berkenaan yang dibimbing Mohd. Shahabuddin Kadir, 43, itu berjaya menewaskan SK Behor Empiang 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit.

Gol kemenangan itu dijaringkan oleh
Mohamad Rizqi Noor Irwan, 10, melalui sepakan penalti sekali gus berjaya membawa Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah muncul juara dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.

Para pemain Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah mempamerkan aksi yang cukup baik sepanjang kejohanan yang melibatkan 32 buah pasukan sekolah tersebut.

Kejayaan itu cukup manis selepas Jun lalu Sekolah ini turut melakar kejayaan sensasi apabila muncul juara kejohanan bola sepak bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekola-Sekolah Negeri Perlis (MSSPs) 2024 yang menamatkan penantian 13 tahun.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan majlis simbolik sepak mula kejohanan berkenaan. -UTUSAN

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button