Hiburan

Hafiz Mahamad sedia tanggungjawab isu vedio di Makkah

PEMPEGARUH media sosial dan juga usahawan, Hafiz Mahamad sekali lagi menjadi bualan netizen apabila video yang sedang mengerjakan umrah di tanah suci Makkah tersebar semula.

Video itu telah disebarkan semula oleh pihak lain untuk memburukkan agama Islam sekali gus menimbul ke tidak puas hati rakyat Malaysia dan mengesa Hafiz untuk tampil bersuara.

Tidak mahu terus menjadi isu, Hafiz terus memaklumkan dia sedia untuk tanggungjawab terhadap kecaman netizen terhadapa video lama yang menunjukkan dirinya berasak di hadapan Kaabah bagi memberi ruang kepada pekerja wanitanya mencium Hajar Aswad.

”Hari ini ramai sahabat yang update tentang perkara ini. Terima kasih sahabat kerana maklumkan kepada saya.

“Ada yang menasihatkan saya untuk diam. Tetapi saya bertanggungjawab kerana agama atas kenyataan atau persepsi dari tweet ini.

“Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan dari yang pakar supaya kesilapan tidak akan berulang. Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini,” tulisnya.

Hafiz turut berkata yang dia bakal memberi respons dan membuktikan bahawa dakwaan individu terbabit tidak berasas sama sekali pada siaran IG Stories seterusnya.

Terdahulu, tular  video memaparkan kekecohan mahu mencium Hajar Aswad pernah dimuat naik Hafiz sekitar bulan Mac lalu.

Bagaimanapun, video itu dimuat naik semula oleh seorang pengguna X didakwa dari India dengan kapysen menuduh wanita Islam tidak selamat kerana mengalami gangguan seksual walaupun berada di Tanah suci.

Hafiz Mahammad sekali lagi menaja 10 buah bas pulang beraya

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button