Uncategorized

Pemimpin harus kuasai pelbagai ilmu – Pemangku Raja Perlis

Seseorang pemimpin itu mesti mempunyai banyak kemahiran yang baik untuk kepimpinan, termasuklah Pemikiran Strategik, Pembuatan Keputusan, Penyelesaian Masalah, Perancangan, Pengurusan, Membina Kepercayaan, Menginspirasi dan Memotivasi, Delegasi Berkesan, serta Pengajaran dan Pementoran.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyerahkan surat pelantikan sebagai ahli dalam Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang baharu, Datuk Che Murad Sayang Ramjan, dan juga Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis Yang Zaimey Yang Ghazali di Kangar baru-baru ini.

Hadir sama mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, ‘Kemahiran Menyelesaikan Masalah akan mampu menentukan kejayaan kerja berpasukan atau kumpulan kerja. Ini kerana dalam proses bekerjasama pasti akan ada masalah yang menyebabkan ahli tidak bersetuju. Pemimpin pada masa ini perlu menyelesaikan masalah dengan mahir dan mencari penyelesaian yang paling optimum untuk seluruh pasukannya’.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button