Nasional

Wanita warga Thailand ditemukan maut dipercayai ditembak

Mayat seorang wanita warga Thailand dipercayai ditembak ditemui di kawasan Durian Burung, Padang Terap, pada Sabtu.
Mayat wanita dalam lingkungan usia 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Seperitendan Mulkiaman Manzar ketika  mengesahkan kejadian berkata, polis menerima laporan berhubung perkara itu pada pukul 7 petang semalam.
“Sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan di badan.
“Hasil siasatan, wanita terbabit dipercayai warga Thailand. Namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya seperti yang dipetik dari Astro Awani.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button