Nasional

Polis tangguh operasi cari bukti pembunuhan Nur Farah Kartini

HUJAN lebat di sekitar Kampung Baru Perak, di Hulu Langat memaksa polis menangguhkan operasi mencari bukti pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dalam Sungai Trolak kerana paras air meningkat.

Media melaporkan, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, pasukan pencarian membuat keputusan itu selepas mendapati keadaan tidak selamat untuk operasi diteruskan.

Katanya, pasukan mencari tiba di lokasi pada pukul 10.30 pagi dan selepas pemantauan dua jam, mengambil keputusan menangguh operasi kerana paras air masih belum kembali normal

Beliau juga memberitahu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim akan mengemas kini paras air di sungai tersebut bagi membolehkan operasi diteruskan semula.

Katanya, pasukan pencarian yang dilakukan unit forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor perlu menunggu sehingga paras air kembali normal. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button