‘’Saya tidak tahu sebenar ya mana datang isu dibela ini”- Pelakon remaja nafi jadi anak ikan
PELAKON yang lahir dari Ceria pop star, Fikry KiKi menafikan tuduhan dibela oleh seorang perempuan yang digelar ‘sugar mummy’ dan merupakan pempengaruh media sosial.
Tidak mahu pengikutnya terus salah faham, Fikri Kiki atau nama sebenar Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad,20 tampil menerangkan hubungan bersama seorang perempuan yang dikenali Bulan dituduh sebagai anak ikannya, Fikri menjelaskan bahawa mereka mempunyai hubungan sebagai rakan perniagaan.
‘’Saya tidak tahu sebenar ya mana datang isu dibela ini, tidak pernah terlintas di kepala saya untuk menghadapi situasi ini, mungkin orang pun salah faham sebab kita pun kadang-kadang ada post di media sosial mungkin orang salah faham, Kak Bulan ni pangkat kakak-kakak saya dia pun anak sudah lima tak kan dia jadi Sugar Mumy saya.
“Tidak dinafikan, mungkin tawaran lakonan yang saya dapat tidaklah sehebat pelakon-pelakon muda lain, walaupun sebenarnya saya sudah berlakon sejak umur lima tahun lagi.
“Namun, itu bukan alasan untuk saya ‘menjual’ diri atau dibela sesiapa dengan tujuan untuk hidup senang. Tidak sama sekali. Saya masih ingat dosa pahala’’ jelasnya pada majlis pelancaran produk terbarunya Liquffe Malaysia yang berlangsung di Semenyih.
Tambahnya, modal yang dikeluarkan untuk menjalankan pernigaan ini bukan adalah modal bersama.
‘’Sebahagian besar modal bisnes RM60,000 itu adalah duit simpanan saya bersama rakan kongsi lain, saya harap netizen hentikanlah sidir saya di IG.
Mengulas lebih lanjut tentang produknya, lebih mesra di sapa Kiki merasa syukur kerana dapat dapat mengeluar satu produk yang memberi manfaat kepada pengguna iaitu Kopi tanpa bancuh yang memudahkan orang ramai menikmati kopi walau di mana sahaja.
‘’Target saya di sini bukan untuk menjual kopi, kita nak menjual masa, kerana masa sekarang kita tak boleh beli, jika rakyat Malaysia mencuba Liquffe ini banyak masa yang kita boleh selamatkan.
‘’Liquffe ini boleh membantu orang ramai di luar sana untuk menjana income.
Bulan juga meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk muncul dengan produk yang bagus dan bermanfaat kepada masyarakat akhirnya tercapai.
Selain membantu dalam menjana pendapatan, Bulan akui mahu sentiasa berbakti kepada masyarakat.
“Sebenarnya sudah lama saya mengimpikan mahu muncul dengan produk sebegini.
“Tak dinafikan, terdapat sesetengah netizen yang melihat pempengaruh tidak memberi apa-apa manfaat kepada masyarakat.
“Selain ia membantu masyarakat untuk menjana pendapatan, saya dan pasukan Liquffe juga akan terus membuat kerja amal.
“Antaranya adalah bekerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia.
“Insya Allah, ini adalah sesuatu yang baharu buat saya. Melalui kerjasama ini, untuk permulaan saya telah membeli 100 naskhah Al Quran Braille daripada pertubuhan ini untuk disumbangkan kepada persatuan orang buta yang lain.
“Bagi saya, Al Quran Braille ini tahap paling tinggi di mata saya untuk kita membuat sumbangan. Setiap kali mereka membacanya dengan mata tertutup, apa yang kita dapat itu sangat tinggi nilainya,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi, Fikry Kiki yang juga pengasas produk Liquffe ini menawarkan hadiah istimewa kepada semua pelanggan
“Semua pembeli Liquffe berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih dari 50 ribu ringgit.
“Antara hadiah yang ditawarkan adalah motosikal Honda RS-X, pelbagai jenis gajet dan alat elektronik.
“Hadiah-hadiah ini adalah cara kami menghargai pembeli yang tidak putus-putus menyokong kami,” katanya.
Artikle Berkaitan :>