Nasional
Dr. Mahathir masuk IJN kerana batuk
TUN Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin kerana batuk.
Memetik Bloomberg, perkara itu disahkan oleh jurucakapnya, Sufi Yusof berkata.
Dr. Mahathir telah keluar masuk hospital sejak beberapa tahun lalu. Dia juga mempunyai sejarah masalah jantung, pernah menjalani pembedahan pintasan pada tahun 1989 dan 2007.
Kali terakhir bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN ialah pada Januari tahun ini, untuk menerima rawatan kerana jangkitan.
Beliau dibenarkan keluar pada bulan Mac. – SM