Kesihatan

Kesihatan mental perlu diberi perhatian serius – Pemangku Raja Perlis

KANGAR, 13 Julai – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kepentingan penjagaan kesihatan mental perlu diberi perhatian
serius oleh semua rakyat Malaysia
khususnya rakyat di Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah setiap individu perlu cakna mengenai tahap kesihatan mental diri sendiri dan orang sekeliling, sama ada ahli keluarga tersayang, rakan sekerja dan masyarakat.

“Segeralah mendapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya bergejala bagi
mengelakkan kemudaratan yang lebih besar,” titah baginda ketika berkenan merasmikan program jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Karnival Perlis Hebat: Sihat Milik Semua di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kangar..

Turut berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berserta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, gaya hidup aktif dan pemakanan sihat perlu dijadikan amalan bagi meningkatkan ketahanan badan dalam mencegah penyakit dan rakyat Perlis disaran memanfaatkan segala kemudahan serta perkhidmatan kesihatan yang disediakan demi meningkatkan kualiti kesihatan dan kesejahterdan diri masing-masing.

“Banyak tempat-tempat riadah yang menenangkan di sekitar negeri Perlis ini.
Bawalah keluarga untuk sama-sama beriadah demi kesihatan bersama. Amalan gaya hidup sihat sebenarnya dapat meningkatkan imuniti badan kita secara semula jadi,” titah baginda.

Baginda juga bertitah menyeru rakyat untuk memberikan sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mencapai matlamat mewujudkan kelestarian tahap
kesihatan masyarakat.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan merasmikan tiga klinik kesihatan baharu yang telah siap di Perlis iaitu Klinik Kesihatan Kampung Gial yang beroperasi pada 2 Okt 2020, Klinik Kesihatan Pauh (beroperasi pada 27 Mac 2023) dan Klinik Kesihatan Padang Besar (beroperasi pada 25 September 2023).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button