Acara

Pemangku Raja Perlis saksikan “serangan akhir” di Utara Perlis

Seramai 29 orang pegawai dan 609 pelajar dari 16 buah Politeknik seluruh negara terlibat dalam

‘Serangan Akhir Eksesais Northern Lions tahun 2024’ yang berlangsung di Ladang Kenaf Chuping Valley, Rimba Mas, Chuping, Perlis.

Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan eksesais tersebut.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab, Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hj Hashim dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Mohd Zahari Ismail.

Eksesais Serangan Akhir atau ‘Final Attack’ ini merupakan latihan serangan dalam situasi konflik peperangan yang diadakan bersempena Majlis Perasmian Penutup Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 15/2024 pada tahun ini yang berlangsung di Perlis.

Antara pasukan yang turut sama terlibat bagi menjayakan eksesais kali ini termasuklah Rejimen 504 Askar Wataniah, 6 Skuadran Rejimen Askar Jurutera DiRaja, Rejimen Ke-3 Artileri Diraja, dan Kompeni Alpha 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Meriam 105 MM Pack Howitzer dan Pl Mortar yang menggunakan Mortar 81MM buatan Itali yang berkeupayaan untuk menembak sejauh 10 kilometer dengan menggunakan pelbagai amunisi merupakan antara penggunaan senjata yang mendapat perhatian sewaktu eksesais tersebut sedang dijalankan. Meriam ini jugak dikendalikan oleh 6 orang krew dan mampu menembak pada kadar 5 butir seminit.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button