Agama

RCB sumbang RM1 juta zakat kepada MAIPs

Rural Capital Berhad (RCB) sekali lagi catat sejarah sumbang Satu juta Ringgit zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tahun 2024 merupakan tahun ketiga bagi Rural Capital Berhad (RCB) menyumbang zakat perniagaan bagi tahun 2023 sebanyak RM 1 juta kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu majlis yang diadakan bersempena dengan Program Kayuhan MAIPs Peduli di Dewan Sekolah Kebangsaan Kg Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi menyaksikan penyerahan Mock Cek Zakat Perniagaan RCB Tahun 2023 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Haji Hiruddin Hashim kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman.

Program MAIPs Peduli pada kali ini turut mengadakan aktiviti kayuhan bersama Tuanku Pemangku Raja Perlis kolaborasi bersama Multimedia University (MMU) dan TTG Perlis serta Kuala Lumpur. RCB juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti kayuhan ini dan bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button