Politik

UMNO jangan terikat cara lama pilih calon pilihan raya – Johari

UMNO diminta supaya tidak terikat dengan cara lama dalam memilih calon pilihan raya, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sebaliknya, kata Johari, ia perlu lebih dinamik merentasi semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Untuk itu katanya, setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu mempunyai sikap bertolak ansur dalam pemilihan calon bagi memastikan kemenangan.

“Strategi politik merangkumi banyak benda, antaranya calon, gerak kerja, kesesuaian kawasan yang nak bertanding dan sama ada kita ada pemimpin (bersesuaian) di kawasan itu.

“Kalau dalam sesuatu kawasan itu kita tak ada calon yang bagus, tetapi calon lain lebih bagus dalam Kerajaan Perpaduan (parti gabungan) mungkin ada, kita kena bertolak ansur dan dinamik…tak boleh ini kawasan saya menang jangan masuk campur,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bentong hari ini.

Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi juga sekali menekankan bahawa calon pilihan raya yang dikenal pasti perlu dilatih lebih awal .

Katanya, ini termasuk mendekati masyarakat dan menjadi ‘pembangkang’ kepada wakil rakyat yang tidak melakukan kerja sepatutnya.

“UMNO buat keputusan akan bertanding, jadi nanti sudah kenal calon kita cerita… kita ada kumpulan di UMNO sedang buat latar belakang mengenali kawasan dan sebagainya,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 3 dan 13 Ogos. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button