Nasional

Mamat Exist kena denda RM4,000 masukkan dadah dalam badan

BEKAS penyanyi popular kumpulan Exist, Mamat didenda RM4,000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan pada 2019.

Hakim Fatimah Zahari juga memerintahkan Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47, menjalani tempoh pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang selama dua tahun.
Mengikut pertuduhan pindaan yang dibacakan pada Isnin, Mamat didakwa mengambil dadah jenis Methamphetamine pada pukul 2 pagi, 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.
sebelum ini tuduhan dibuat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Prosiding dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil manakala Mamat diwakili peguam bela, Azlina Abdul Aziz.
Mamat kemudian membayar denda yang dikenakan itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button