Politik

Masuk Bersatu kerana kecewa Najib tidak dibebaskan – Noh

BEKAS Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mengumumkan masuk Bersatu serta merta berkata beliau berbuat demikian kerana kecewa kerana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dibebaskan.

Katanya, , keputusan itu dibuat berikutan kekecewaannya dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah,.

Memetik Sinar Harian, Noh berkata, beliau sedih dengan apa yang berlaku kepada Najib.

“Saya amat sedih dengan nasib ‘Bossku’ (Najib) dan semalam (Rabu) pihak beliau gagal mencabar titah supaya menjalani baki hukuman penjara di rumah,” katanya.
Katanya, keputusan mahkamah itu mendorongnya mengubah fikiran untuk menjadi ahli Bersatu dan sudah mendapat sijil keahliannya.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu mendedahkan sudah beberapa kali menemui bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional itu di mahkamah.
Dalam pertemuan itu katanya, Najib berpesan supaya beliau bersabar dan tidak memasuki mana-mana parti politik.
“Saya menghormati pandangan Bossku yang disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan berhati besar.
“Apabila dihadapkan ke mahkamah, beliau tidak mempergunakan UMNO dan sanggup meletak jawatan sebagai Presiden parti bagi menghadapi kes beliau secara peribadi,” katanya. – SM.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button