Politik

DUN Selat Kelang perlu dikosongkan segera

Sidang DUN Selangor telah bermula harini. Setelah hampir 14 hari Ketua Pembangkang Negeri Selangor Dato Seri Azmin Ali menyerahkan notis kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri bagi Dun Selat Kelang maka tinggal lagi kurang 7 hari bagi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor menoktahkan keputusan bagi mengosongkan kerusi tersebut dengan segera.

Tiada sebab untuk Speaker DUN Selangor melengahkan keputusan tersebut kerana iaitu bukanlah satu insiden luarbiasa. Speaker DUN Selangor boleh merujuk kes yang sama di Negeri Kelantan dimana Speaker DUN Kelantan juga telah mengosongkan kerusi Dun Nenggiri apabila menerima notis daripada pimpinan parti.

Ianya juga selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Seksyen 65(3) yang menyatakan bahawa speaker mesti memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai sebarang kekosongan luar jangka kerusi dalam tempoh 21 hari. Seksyen 65(1)(a)(ii) Perlembagaan Negeri Selangor, yang menyatakan bahawa seorang ahli DUN mesti mengosongkan kerusi mereka jika mereka meninggalkan parti politik mereka.

Speaker DUN Selangor perlu menghormati keputusan dari parti BERSATU & PERIKATAN NASIONAL demi meraikan demokrasi dalam masa yang sama menghormati perlembagaan di negeri ini. Ianya selaras dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang telah meluluskan Enakmen Anti Lompat Parti bermula tahun 2022 dimana usul tersebut dibawa sendiri oleh DS Amiruddin Shaari Menteri Besar Selangor.

Jangan memangsakan rakyat di DUN Selat Klang yang telah membuat pilihan dalam pilihanraya tapi akhirnya mandat itu dikhianati oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Maka pengundi di DUN Selat Klang berhak diberikan peluang mengundi semula bagi memilih pemimpin dari parti mana yang menjadi pilihan mereka demi mewakili mereka di Dewan Negeri Selangor.

-FARIZ HADI-
Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional
4 Julai 2024

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button